Thursday, September 10, 2009

take note pls.

Thursday, September 10, 2009
here are some things copied from kbsm ting 4 which need to be taken note.=)
teacher nana ask me to post this X)

Hasil ialah pendapatan perniagaan berbentuk wang yang diterima atau yang akan diterima pada suatu tarikh akan datang. Hasil bagi perniagaan dagangan diperoleh daripada jualan barang niaga, manakala perniagaan perkhidmatan mendapat hasil daripada perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan. Contohnya, kedai kasut mendapat hasil daripada jualan kasut tetapi klinik dan syarikat perakaunan mendapat hasil daripada perkhidmatan yang diberi. Hasil-hasil yang disebut di atas merupakan hasil daripada kegiatan utama perniagaan. Ia dikenali sebagai hasil kendalian perniagaan.

Sesebuah perniagaan mungkin memperoleh hasil-hasil lain yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan. Ia dikenali sebagai hasil bukan kendalian perniagaan. Hasil bukan kendalian perniagaan ialah sewa yang diterima daripada penyewaan premis, faedah yang diperoleh daripada simpanan bank, dividen yang diterima daripada pelaburan saham dan untung yang didapati daripada jualan aset bukan semasa terpakai.

Balanja ialah wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan pada masa depan. Belanja merupakan kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk memperoleh hasil. Contohnya adalah seperti kos belian barang niaga untuk dijual semula demi mendapatkan untung, kos pengangkutan, belanja iklan, bayaran insurans, upah dan gaji serta sewa. Belanja-belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan ini dikenali sebagai belanja kendalian perniagaan.

Sesetengah belanja tidak berkaitan dengan pengendalian harian perniagaan. Misalnya, belanja faedah pinjaman bank, rugi daripada jualan aset bukan semasa terpakai, rugi daripada risiko banjir dan kecurian. Belanja ini dikenali sebgaai belanja bukan kendalian perniagaan.

gahyao everyone ^^

4 comments:

Anonymous said...

thx..woon

9001733 said...

thanks you leh..
chai woon~ ><
hope all can get good result in exam...

xinni said...

thanks~

苏慧琳 said...

thank you!

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates